*suka suki kami*

*suka suki kami*

Sunday, August 14, 2011

review NOVEL GELAK TERGOLEK..

dua hari lepas aku baru je mefinishkan Novel "GELAK TERGOLEK" ini, yang sememangnya sejak kemunculannya aku sering digula-gulakan oleh kawan-kawanku novel ini memang kelakar + lawak tak hingat dunia. dan kebetulan bila kawan aku sorang ni nak cari novel aku suggest la novel ini dengan alasan aku boleh pinjam sekali kan.. bijak-bijak.. yela kena guna kesempatan yang ada coz novel ini aku teringin nak baca sesangat. ok lah aku nk review psal novel ini mengikut olahan aku sendiri.

nama hero and heroinnya Rahman dan Maimun. dari awal perkenalan diorang memang melucukan disebabkan kes tahi cicak. memang lawak lah time 1st date dorang ini. then babak-babak seterusnya pun memang membuatkan aku ketawa xhingat dunia (bohong je). bila masuk part dorang kawen pun time nak angkat nikah sampai tersasul-sasul 30 rakaat tunai memang tak boleh blah la kan. Kes Rahman nak menangani karenah bapak mentuanya, pak Brahim pun satu hal. banyak juga tragedi-tragedi yang walaupun membuatkan kita ketawa tetapi sebenarnya sinis saja penulis menyindir kita. ayat-ayat yang digunakannya pun ringkas dan padat dan cepat sampai kat kita. dalam lawak pun stil ada pengajaran yang ingin disampaikan kpd pembaca. Rahman yang tak sudah-sudah membuat masalah sehinggalah sudah bergelar bapa. sampai bila dia ingin terus begitu????







korang bacalah sendiri kesudahannya ok.. bagi aku novel ni ok-ok je la.. suam-suam kuku je aku membacanya. acteli aku letak harapan yang tinggi untuk meletakkan novel ini sebagai my favourite list novel bila kawan-kawan aku cakap novel ini BEST SGT.. tapi bila aku sendiri dah baca entah walaupun ada part dalam cite ini buat aku gelak tapi ke"best"an cite ini tetap tak smpai kat aku.. yang aku tak tahan bila aku boleh skip-skip certain2 part kerana kebosanan jalan cite nya. aku kira bila tajuk pun dah GELAK TERGOLEK mestilah kita as the reader akan terguling-guling membacanya kan tapi mebi not for me...  lain pembaca lain citarasakan. but novel ini still ada pengajaran yang perlu kita tahu. TAnggungjawab bila dah berkahwin sangat berat, jangan main aci redah nak kahwin je kalau ilmu agama tak cukup didada kang tak pasal-pasal kena hambat dgn mak n pak mentua bikin malu je.. jangan pikir kahwin satu yang boleh dianggap remeh temeh je ok..


TEPUK DADA TANYA SELERA....

No comments: